Ucapan Presiden
Ucapan Presiden
Selamat melayari ke laman web Hospital Tung Shin!
Berusia lebih dari satu abad, hospital kami yang tidak berasaskan keuntungan ini mempunyai kakitangan profesional yang berkelulusan, terlatih dan dedikasi dan yang juga mementingkan pesakit.
Selama beberapa tahun ini, kami berpegang kepada tujuan utama hospital ini - memberi inspirasi dan menerajui perubahan positif dengan menyayangi komuniti dan terus memperbaiki penjagaan pesakit.
Semua ini hanya boleh terjadi dengan sokongan dan semangat kedermawanan para penderma dari 1881 hingga kini yang mana telah membiayai keperluan perubatan komuniti; alatan canggih, subsidi bayaran rawatan, program kesihatan yang pelbagai, subsidi kursus kejururawatan dan sebagainya.
Sememangnya, anda boleh percaya bahawa Hospital Tung Shin akan sentiasa peka kepada keperluan perubatan komuniti yang sentiasa berkembang. Kami berpendapat penjagaan kesihatan perlu dibuat sepenuhnya dari diagnosis hingga ke rawatan, lepas rawatan dan kumpulan sokongan seumur hidup.
Percayalah bahawa kita berada di sini untuk menjaga kesejahteraan anda seperti keluarga sendiri.